Sembang Trafik
.....................................................................................................................................................................................................................................................
STATISTIK HARIAN KEMALANGAN SELURUH NEGARA TAHUN 2025 #040425
Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 3 April 2025 (Khamis).
Sebanyak 1,716 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 11 kematian. Terdapat penurunan sebanyak 158 kes kemalangan dan lima kes kematian berbanding hari sebelumnya.
Para
pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.