Sembang Trafik
.....................................................................................................................................................................................................................................................

[POSTING PILIHAN] OP LANCAR: PENGARAH JSPT TINJAU ALIRAN TRAFIK MELALUI UDARA

Subang, 7 April 2025 - Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri melakukan tinjauan aliran trafik sempena Op Lancar bersama Pasukan Gerakan Udara, di sini, semalam.

Hasil rondaan dan pemantauan yang dijalankan mendapati beberapa laluan di lebuh raya utama aliran trafik semakin tinggi dengan kenderaan ekoran pengguna jalan raya mula pulang ke ibu kota selepas menyambut Aidilfitri.

Dato' Sri Mohd Yusri turut berkesempatan mendarat di Tanjong Malim, Perak bagi menyantuni petugas-petugas di sana.

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Siasatan/Sumber) JSPT Bukit Aman, ACP Fauzi Osman dan barisan Ketua Penolong Pengarah JSPT Bukit Aman.


May be an image of 7 people, helicopter, ambulance and text

May be an image of 7 people, ambulance, helicopter and text

May be an image of 3 people, helicopter, ambulance and text

May be an image of 11 people and helicopter

May be an image of 3 people, helicopter and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS