Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 22 April 2025 (Selasa).
Sebanyak 1,956 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 15 kematian. Terdapat peningkatan sebanyak 28 kes kemalangan dan satu kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.