Sembang Trafik
.....................................................................................................................................................................................................................................................
STATISTIK HARIAN KEMALANGAN SELURUH NEGARA TAHUN 2025
Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 8 Julai 2025 (Selasa).
Sebanyak 2,662 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 11 kematian. Terdapat peningkatan sebanyak 802 kes kemalangan dan penurunan lima kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para
pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.