Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 22 September 2025 (Isnin).
Sebanyak 1,814 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 12 kematian. Terdapat peningkatan sebanyak 395 kes kemalangan dan penurunan enam kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.
Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM