Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 13 September 2025 (Sabtu).
Sebanyak 1,982 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 10 kematian. Terdapat penurunan sebanyak 104 kes kemalangan dan tiada kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.