Sembang Trafik
.....................................................................................................................................................................................................................................................
STATISTIK HARIAN KEMALANGAN SELURUH NEGARA TAHUN 2025 #031025
Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 2 Oktober 2025 (Khamis).
Sebanyak 1,979 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 10 kematian. Terdapat peningkatan kes sebanyak 105 kes kemalangan dan penurunan enam kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.