Sembang Trafik
.....................................................................................................................................................................................................................................................

POSTING PILIHAN: JSPT TERIMA SUMBANGAN PERKAKASAN TEKNOLOGI DARIPADA PERKESO

Genting Highlands, 8 Oktober 2025 – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menerima sumbangan berupa 20 komputer riba, 20 unit peti sejuk Ecofrij Biomedical Undercounter Single Door, dua panel digital LED serta modul keselamatan jalan raya daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Sumbangan diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Dato' Sri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed kepada Pengarah JSPT, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri dalam satu majlis di Genting International Convention Centre, di sini semalam.

Menurut Dato’ Sri Mohd Yusri, sumbangan tersebut seiring dengan hala tuju pendigitalan dan pemodenan JSPT termasuk pelaksanaan sistem e-IP dan SPRT yang baru dilancarkan.

Tambah beliau, kerjasama strategik antara JSPT dan PERKESO sejak 2013 menjadi bukti keprihatinan terhadap keselamatan anggota Polis Diraja Malaysia, khususnya petugas JSPT yang berdepan risiko di lapangan demi memastikan kelancaran lalu lintas dan keselamatan pengguna jalan raya.

Turut hadir, Ketua Bahagian Pencegahan Perubatan dan Pemulihan PERKESO, Dr. Azlan Darus, Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) JSPT Bukit Aman, DCP Mohd Rozi Jidin serta pegawai kanan JSPT dan PERKESO.

 
 
 
 
 
 
 

May be an image of 12 people, dais and text





May be an image of 12 people




May be an image of 1 person

May be an image of 1 person and dais

May be an image of 3 people and text



May be an image of 4 people and text

May be an image of 3 people, dais and text that says 'KERJASAMA STRATEGIK PERKESO DAN JSPT SERTA PENYERAHAN AN SOKONGAN KESELAMATI RAYA ET ING T ACTEHИ6AT VISION cdety.ean ZEROOO ፍባ'

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS