Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 15 Oktober 2025 (Rabu).
Sebanyak 1,873 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 18 kematian. Terdapat peningkatan kes sebanyak 34 kes kemalangan dan lapan kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.