Sembang Trafik
.....................................................................................................................................................................................................................................................

POSTING PILIHAN: PEGAWAI DAN ANGGOTA BSPT IPD KUALA SELANGOR BANTU TOLAK KENDERAAN ROSAK


Inspektor Zulhijrah Muhammad, Sarjan Jasani Sipot, Lans Koperal Mohamad Faiz Mat Azmi dan Lans Koperal Mohammad Saiful Azani Ibrahim dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor telah menghulurkan bantuan kepada pengguna jalan raya yang mengalami kerosakan kenderaan di Kilometer 46, Jalan Klang ke Teluk Intan, semalam.

Atas faktor keselamatan dan empati tinggi, mereka berempat yang sedang dalam penugasan Op Lancar segera menolak kenderaan tersebut ke tempat lebih selamat bagi memastikan kelancaran trafik tidak terjejas.



May be an image of car and road



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS