Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 18 Oktober 2025 (Sabtu).
Sebanyak 2,063 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 11 kematian. Terdapat penurunan kes sebanyak 35 kes kemalangan dan empat kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.