Sembang Trafik
.....................................................................................................................................................................................................................................................
POSTING PILIHAN: JANGAN POTONG BARISAN DI JALAN RAYA .
Sikap tidak bertanggungjawab seperti memotong barisan boleh menyebabkan kesesakan dan melambatkan perjalanan pengguna jalan raya yang lain.
Hormatilah pengguna jalan raya yang lain dengan sentiasa mematuhi giliran dan peraturan lalu lintas. Sikap sabar ketika memandu menunjukkan keperibadian yang berdisiplin serta mencerminkan tanggungjawab sebagai pemandu berhemah.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemandu yang sentiasa mengamalkan etika pemanduan berhemah. Anda adalah contoh pemandu yang berdisiplin dan berintegriti!
Sumber: Majlis Keselamatan Jalan Raya
