Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 4 Januari 2026 (Ahad).
Sebanyak 1,357 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 11 kematian. Terdapat penurunan kes sebanyak 295 kes kemalangan dan 11 kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.
Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM