Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 18 Januari 2026 (Ahad).
Sebanyak 1,361 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 13 kematian. Terdapat penurunan kes sebanyak 402 kes kemalangan dan enam kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.