Sembang Trafik
.....................................................................................................................................................................................................................................................
STATISTIK HARIAN KEMALANGAN SELURUH NEGARA TAHUN 2026 #210126
Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 20 Januari 2026 (Selasa).
Sebanyak 1,778 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 16 kematian. Terdapat penurunan kes sebanyak 85 kes kemalangan dan dua kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.