Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 2 Mac 2026 (Isnin).
Sebanyak 2,070 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan lima kematian. Terdapat peningkatan kes sebanyak 526 kes kemalangan dan penurunan 10 kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.
Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM