Sembang Trafik
.....................................................................................................................................................................................................................................................
STATISTIK HARIAN KEMALANGAN SELURUH NEGARA TAHUN 2026
Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 13 Mac 2026 (Jumaat).
Sebanyak 2,357 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 14 kematian. Terdapat peningkatan kes sebanyak 147 kes kemalangan dan penurunan satu kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.