Kuala Lumpur, 2 April 2026 – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) tidak akan berkompromi, bahkan menegaskan setiap kesalahan lalu lintas, terutama yang menyebabkan kehilangan nyawa, akan disiasat secara telus dan menyeluruh tanpa prejudis kepada mana-mana pihak.
Pengarah JSPT, CP Dato’ Sri Muhammed Hasbullah Ali berkata, tindakan tegas termasuk pertimbangan hukuman lebih berat akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati cuai atau memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian, terutama memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.
Menurutnya, pendekatan itu selaras dengan usaha berterusan pihak JSPT dalam memperkukuhkan aspek penguatkuasaan serta memberi mesej jelas bahawa sebarang bentuk kecuaian di jalan raya yang mengorbankan nyawa tidak akan dikompromi.
“JSPT menyeru semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan mengamalkan pemanduan berhemah.
“Sikap bertanggungjawab di jalan raya sangat penting dalam memastikan keselamatan semua pihak,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.