Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 19 April 2026 (Ahad).
Sebanyak 1,623 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 16 kematian. Terdapat penurunan kes sebanyak 305 kes kemalangan dan tiada perubahan kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.