Sembang Trafik
.....................................................................................................................................................................................................................................................

POSTING PILIHAN: PENGARAH JSPT ADAKAN LAWATAN KERJA KE IPK PERLIS

 
Kangar, 25 April 2026 – Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato’ Sri Muhammed Hasbullah Ali telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, semalam.

Kehadiran beliau telah disambut oleh Ketua Polis Perlis, DCP Dato’ Muhammad Abdul Halim sebelum dibawa ke pejabat beliau bagi sesi perbincangan rasmi.

Lawatan kerja tersebut memberi tumpuan perbincangan berkaitan penstrukturan serta pengoptimuman penugasan motosikal trafik.

Selain itu, ia turut merangkumi perkongsian isu-isu semasa dan dasar jabatan dalam usaha memperkukuh penguatkuasaan lalu lintas serta meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya di negeri itu.

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Siasatan/Sumber) JSPT Bukit Aman, ACP Fauzi Osman dan Ketua Cawangan Khas Perlis, ACP Mohd Rosli Md Yussoff Alfakree.

No photo description available.

May be an image of text

May be an image of one or more people and text that says 'KELUARA KELUARAI'

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS