Sembang Trafik
.....................................................................................................................................................................................................................................................
STATISTIK HARIAN KEMALANGAN SELURUH NEGARA TAHUN 2026
Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 26 April 2026 (Ahad).
Sebanyak 1,478 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 19 kematian. Terdapat penurunan kes sebanyak 291 kes kemalangan dan peningkatan 10 kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.
Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM