Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 15 Mei 2026 (Jumaat).
Sebanyak 1,959 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 18 kematian. Terdapat peningkatan kes sebanyak 108 kes kemalangan dan dua kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.