Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 7 Jun 2026 (Ahad).
Sebanyak 1,636 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 20 kematian. Terdapat penurunan kes sebanyak 335 kes kemalangan dan peningkatan lapan kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.