Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 21 Julai 2026 (Selasa).
Sebanyak 1,773 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 13 kematian. Terdapat penurunan sebanyak 95 kes kemalangan dan empat kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.
Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM