Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 29 September 2026 (Selasa).
Sebanyak 1,810 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 15 kematian. Terdapat penurunan kes sebanyak 27 kes kemalangan dan peningkatan satu kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.
Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM