Sharing Is caring
.....................................................................................................................................................................................................................................................

WASPADA KETIKA MELAKUKAN TRANSAKSI DI MESIN ATM



Apabila anda melakukan transaksi kewangan di bank terutama ketika menggunakan mesin ATM, pastikan posisi anda ketika memasukkan kata laluan akaun tidak dapat dilihat oleh orang lain. Begitu juga dengan jumlah wang yang ingin dikeluarkan.

ELAKKAN daripada membuat pengeluaran wang ketika keadaan sunyi dan lengang.

Anda hendaklah sentiasa FOKUS dan PEKA dengan keadaan sekeliling. Sebelum beredar, pastikan kad bank dan wang yang dikeluarkan telah disimpan dengan rapi.
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS