Sharing Is caring
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#LegasiPejuangSeragamBiru SUPERINTENDAN BORHAN HAJI DAUD

Superintendan (Supt.) Borhan Haji Daud dilahirkan pada 5 September 1958 di Alor Gajah, Melaka. Beliau mula berkhidmat dalam pasukan polis pada 25 Mei 1980 dan menjalani latihan asas kepolisan di Pusat Latihan Polis Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Ketika bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman, Supt. Borhan pada ketika itu berpangkat Cif Inspektor pernah mengetuai operasi khas yang dinamakan “Op Kelisa” di kawasan Mentakab, Pahang pada 10 Mei 1986 bagi mengesan dan melumpuhkan pergerakan pengganas komunis. Dalam operasi tersebut, Supt. Borhan bersama pasukannya membuat serbuan ke atas sebuah rumah yang digunakan sebagai markas pertemuan pengganas komunis. Hasil serbuan itu, Supt. Borhan berjaya membunuh empat orang pengganas komunis dan merampas pelbagai jenis senjata api termasuk peluru serta bom tangan.

Pada 12 Mac 1988 pula, Supt. Borhan sekali lagi bertanggungjawab mengetuai sebuah operasi merbahaya Cawangan Khas Bukit Aman yang dinamakan sebagai “Op Taloong”. Beliau sekali lagi menonjolkan kebijaksanaan memimpin melalui perancangan teliti sehingga membawa kepada kejayaan memberkas 86 orang pengganas komunis dari Unit Penggempur ke-6 yang diketuai oleh Chong Chor. Susulan daripada itu, pihak polis telah berjaya merampas sejumlah besar senjata api, peluru dan bahan letupan termasuk dokumen-dokumen penting yang mempunyai nilai risikan tinggi.

Bagi mengenang pengorbanan dan jasa yang dicurahkan, Supt. Borhan telah dianugerahkan Darjah Kebesaran dan Bintang Kehormat Panglima Gagah Berani pada 5 Jun 1989 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke IX, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah Gafarullahu-lah.

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#LegasiPejuangSeragamBiru

Image may contain: 1 person
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS