Sharing Is caring
.....................................................................................................................................................................................................................................................

APA KATA ANDA?

Ketagihan gajet dalam kalangan kanak-kanak bukan sahaja isu yang diberi perhatian di Malaysia, tetapi juga masyarakat di luar negara.

Ini adalah kerana, ia membawa implikasi negatif terhadap kanak-kanak terutama perkembangan bahasa, kemahiran membaca dan ingatan memori jangka pendek mereka.

Baru-baru ini, pemerintah di Bandung, Indonesia telah memperkenalkan satu program membela anak ayam bagi mengatasi masalah tersebut.

Kanak-kanak di kawasan itu diberikan seekor anak ayam untuk dijaga dan sekiranya berjaya membelanya sehingga dewasa, mereka akan diberikan lagi tiga ekor anak ayam yang baharu.

Ternyata program tersebut memberi kesan positif apabila anak-anak kecil mula kurang menggunakan gajet dan lebih menumpukan kepada haiwan comel tersebut.

Pada pendapat anda, perlukah kita mencuba idea yang sama atau anda ada cadangan lain yang boleh dipraktikan di Malaysia dalam menangani masalah ketagihan gajet ini?

Sumber video: https://www.facebook.com/watch/?v=2264282263675963

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS