Sharing Is caring
.....................................................................................................................................................................................................................................................

#SembangTrafik NOMBOR PENDAFTARAN KENDERAAN

Sesetengah individu sanggup berbelanja besar dalam memperagakan nombor pendaftaran pada kenderaan bagi mendapatkan kepuasan yang maksima. Namun, masih ramai yang memandang remeh mengenai perkara ini dan adalah menjadi satu kesalahan jika anda tidak mengikut spekifikasi seperti yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Nombor pendaftaran yang kotor atau kabur atau 'fancy' boleh dikenakan kompaun di bawah Seksyen 14 (4) APJ 1987 yang membawa hukuman denda tidak kurang daripada RM300 dan tidak lebih daripada RM3,000.

Jadi, sanggupkah anda membayar wang dalam amaun yang tinggi dek kerana ingin memenuhi kepuasan diri?

Fikir-fikirkanlah.. 😉

No photo description available.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS