Bagi mengekang penularan jangkitan penyakit seperti 2019-nCoV orang ramai dinasihatkan untuk mengamalkan penjagaan kesihatan diri seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ketika batuk dan bersin.
1. Pakai penutup mulut dan hidung;
2. Palingkan muka daripada orang lain dan makanan;
3. Elakkan pergi ke tempat yang sesak;
4. Jangan berkongsi sapu tangan atau tuala dengan orang lain.;
5. Tutup hidung dan mulut dengan menggunakan tisu; dan
6. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung dan mulut tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.
Sumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA