Sharing Is caring
.....................................................................................................................................................................................................................................................

[HEBAHAN] 15 MINIT BERSAMA IKON PDRM: PORNOGRAFI KANAK-KANAK

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan program "15 Minit Bersama Ikon PDRM" yang akan bersiaran secara langsung pada 11 Februari 2021 (Khamis) jam 2.30 petang menerusi Facebook Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police).

Bagi episod kali ini, kami akan bersama tetamu istimewa, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia, ACP Puan Siti Kamsiah Hassan dengan kupasan tajuk "Pornografi Kanak-Kanak".

Jika anda ingin mengemukakan sebarang soalan yang berkaitan dengan tajuk perbincangan, sila nyatakan di ruangan komen. Soalan menarik akan dipilih dan disiarkan semasa rancangan ini berlangsung.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS