Kuala Lumpur, 23 Mei 2026 - Jenayah penipuan dalam talian yang semakin kompleks dan membimbangkan memerlukan kerjasama strategik antara agensi penguatkuasaan, kerajaan serta pemain industri dalam memperkukuh usaha membanteras ancaman tersebut.
Program Inter-Agency Retreat on Combatting Online Scam 2026 yang berlangsung selama tiga hari bermula 22 hingga 24 Mei 2026 di The Vertical CCEC, Bangsar South menghimpunkan seramai 100 peserta terdiri daripada wakil Polis Diraja Malaysia,
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan, MyDigital ID, Jabatan Peguam Negara serta Kementerian Dalam Negeri.
Turut berlangsung dalam program tersebut ialah pembentangan bertajuk “Kes Jenayah Dalam Talian” oleh Timbalan Pengarah (Jenayah Siber) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, DCP Dato’ Shamsul Amar Ramli yang menyentuh trend semasa, modus operandi serta cabaran siasatan jenayah penipuan di Malaysia.