Siri Antologi Puisi Kepolisan

#PesananKhidmatMasyarakat POHON KERJA DI LUAR NEGARA SECARA SAH, ELAK DIEKSPLOITASI PIHAK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB!

Media Australia melaporkan seramai lima rakyat Malaysia yang memasuki negara itu secara mencurigakan telah ditahan sepasukan Kawalan Sempadan Australia (ABF) dalam satu pemeriksaan di Lapangan Terbang Perth, semalam (28 Februari).

Pihak berkuasa Australia memandang serius perkara tersebut bagi menangani lambakan pekerja haram terutama dalam sektor pertanian dan perladangan, selain membanteras masalah pemerdagangan manusia.

Rakyat Malaysia antara yang menjadi mangsa eksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab termasuk sering dibayar gaji rendah dan mendapat layanan buruk.

Bagi mengekang isu bekerja secara haram, pihak berkuasa Australia telah mengambil langkah tegas ke atas rakyat Malaysia (dan beberapa negara lain) yang ingin memasuki negara tersebut.

Natijahnya, ramai rakyat Malaysia lain yang hanya ingin melancong, tidak dapat berbuat demikian apabila visa yang dipohon, tidak diluluskan meskipun segala maklumat telah lengkap disediakan.

Kepada sesiapa yang bercadang untuk bekerja di luar negara, permohonan hendaklah dilakukan secara sah dan mengikut undang-undang yang ditetapkan.

Jangan mudah percaya dengan mana-mana pihak yang menjanjikan tawaran gaji lumayan, tanpa anda sendiri jelas jenis pekerjaan yang perlu dilakukan.

Jangan disebabkan perbuatan segelintir daripada kalian, seluruh rakyat Malaysia mendapat tempiasnya. Jagalah nama baik negara dalam apa jua yang kita lakukan di luar negara.

Image may contain: one or more people, text that says 'Australian Border Force Yesterday at 15:31 The Australian Border Force remains committed to tackling foreign worker exploitation. Our officers at Perth International Airport have prevented a group of five Malaysian nationals from entering Australia to work illegally. 34 year old Malaysian man, was also refused entry after he admitted to facilitating the group's travel to Australia on tourist visas. Read more more at'


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS