Siri Santapan Rohani

TAZKIRAH JUMAAT

Assalamualaikum wbth dan selamat pagi,

SEKSAAN NERAKA

Daripada Samurah bin Jundab RA bahawasanya Nabi SAW bersabda: “Sebahagian daripada penghuni neraka akan dijilat api neraka hingga ke tumit, sebahagiannya hingga ke lutut, sebahagiannya hingga ke pinggang dan sebahagiannya pula hingga ke tulang leher.” (Riwayat Muslim)

Huraian Hadith:

1. Seksaan neraka adalah bertahap-tahap mengikut amalan yang dilakukan oleh golongan kafir dan berdosa.

2. Umat Islam disuruh supaya menjauhi perbuatan-perbuatan jahat untuk mengelakkan diri daripada seksaan Allah SWT.

3. Rasulullah SAW menyebut seksaan neraka yang mengerikan adalah untuk menakutkan umatnya daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang atau meninggalkan perkara yang disuruh yang boleh menjerumuskan mereka ke dalam azab tersebut.

Sumber: Kitab Riyadhus Salihin

#TazkirahJumaat

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Image may contain: text that says 'Tazkirah, aat Daripada Samurah bin Jundab RA bahawasanya Nabi SAW bersabda: 'Sebahagian daripada penghuni neraka akan dijilat api neraka hingga ke tumit, sebahagiannya hingga ke lutut, sebahagiannya hingga ke pinggang dan sebahagiannya pula hingga ke tulang leher.' (HR Muslim) PDRMsia pdrmsia_official PDRMsia'

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS