Inspektor Polis YA13 (Lelaki/Wanita)

KLASIFIKASI : Inspektor Polis YA13 (Lelaki/Wanita)
KUMPULAN PERKHIDMATAN : Pengurusan dan Profesional
GRED GAJI / JAWATAN : YA13
JADUAL GAJI : RM RM 2,502.00 - RM 9,803.00
Kadar Gaji Tahunan :RM 230.00
SYARAT LANTIKAN :
Skim Perkhidmatan bagi jawatan Inspektor yang dikeluarkan melalui:

i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2016 bertarikh 7 April 2016 yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2016.

ii) Syarat-syarat permohonan:

a) Terdiri Daripada Warganegara Malaysia.

b) 
Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun (Kelulusan Sarjana Muda), tidak melebihi daripada 30 tahun (Kelulusan Sarjana) dan tidak lebih daripada 35 tahun (Kelulusan PHD);

c) Kelayakan Akademik:

i). Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]; atau

ii). Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]; atau

iii). Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]; atau

iv). Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]; atau

v). Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]; atau

vi). Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]; atau 

vii). Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]; atau

viii). Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13]; atau

ix). Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang forensik, matematik atau perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred YA13];


xii)Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusanyang diiktiraf setaraf dengannyaoleh kerajaan.

d) Kelayakan Fizikal: (Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut)

i) Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu;

ii) Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;

iii) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat  19 hingga 26;

iv) Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm(lelaki sahaja);

v) Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;

vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS