Konstabel Polis Orang Asli YP1 (Lelaki/Wanita)
KLASIFIKASI : Konstabel Polis Orang Asli YP1 (Lelaki/Wanita)
GRED GAJI / JAWATAN : YP1
JADUAL GAJI : RM 1,334.00 - RM 3,003.00
Kadar Gaji Tahunan : RM 85.00
SYARAT LANTIKAN :

1. Skim Perkhidmatan bagi jawatan Konstabel Orang Asli yang dikeluarkan melalui:

i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2016 bertarikh 7 April 2016 yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2016.

2. Syarat-syarat permohonan :-

a). Terdiri dari Warganegara Malaysia yang berasal dari kaum Orang Asli (mengikut tafsiran Akta Orang-orang Asli 1974);

b)Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh
tutup iklan.

c) Kelayakan Akademik :

i) Lulus Penilaian Menengah Rendah /Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YP1: RM1,334.00];

ii)Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat peperiksaan
tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

d) Kelayakan Fizikal:
Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti
berikut :-

i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m (lelaki) dan 1.52m (wanita) tanpa bersepatu.

ii) Berat badan sekurang-kurangnya 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 
48 kg.

iii) Mempunyai ukuran indeks jisim badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.

iv) Ukuran lilitan dada biasa 81 cm (normal) dan semasa menarik nafas 86 cm (lelaki sahaja).

v) Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan
V/6/9 tanpa atatu dengan menggunakan alat bantuan.

vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.

vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar
(kerajaan).
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS