Hebahan iklan rasmi kekosongan jawatan hanya melalui Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) seperti berikut:
- Portal Rasmi e-Pengambilan PDRM - https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/
- Facebook Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia - https://www.facebook.com/Unitpengambilan
- Instagram Unit Pengambilan PDRM - https://www.instagram.com/unitpengambilanpdrm
- Telegram Unit Pengambilan PDRM - https://t.me/unitpengambilanpdrm
Permohonan jawatan secara atas talian hanya melalui Portal Rasmi e-Pengambilan PDRM, https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/. dan memenuhi memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sebelum membuat permohonan jawatan.
Syarat-syarat kelayakan permohonan mengikut jawatan boleh diperolehi dari Portal Rasmi e-Pengambilan PDRM.
Maklumat lanjut berkaitan permohonan boleh hubungi talian 03-2266 8348 / 8350 / 8351 dalam tempoh waktu pejabat.
Jawatan yang ditawarkan dalam PDRM adalah seperti berikut:
- Inspektor Polis Gred YA13;
- Sarjan Polis Gred YA5;
- Konstabel Polis Gred YA1;
- Konstabel Polis Gred YT1; dan
- Konstabel Polis Gred YP1 Orang Asli.
Setelah permohonan dibuat, calon perlu melalui proses-proses pengambilan seperti berikut:
- Pemeriksaan Fizikal dan Ujian Kecergasan;
- Ujian Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPiER-PDRM);
- Temu duga; dan
- Tapisan Keselamatan dan Kesihatan
Sekiranya terpilih, calon akan ditawarkan jawatan dan perlu menjalani Program Latihan Asas kepolisan (PLAK) di Pusat-pusat Latihan Polis (PULAPOL) mengikut masa yang ditetapkan seperti berikut:
Jawatan | Tempoh Latihan Asas Kepolisan |
Inspektor Polis Gred YA13 | 9 Bulan |
Sarjan Polis Gred YA5 | 9 Bulan |
Konstabel Polis Gred YA1 | 6 Bulan |
Konstabel Polis Gred YT1 | 4 Bulan |
Konstabel Polis Gred YP1 Orang Asli | 4 Bulan |
Senarai Pusat Latihan PDRM adalah seperti berikut:
- PULAPOL Kuala Lumpur.
- PULAPOL Air Hitam, Negeri Sembilan.
- PULAPOL Segamat, Johor.
- PULAPOL Dungun, Terengganu.
- PULAPOL Langkawi, Kedah.
- PULAPOL Bukit Sentosa, Selangor.
- PULAPOL Kuching, Sarawak.
- PULAPOL Kota Kinabalu, Sabah.
- Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PLPGA) Ulu Kinta, Perak.