Dato' Sri Haji Mohd Khalid bin Haji Ismail
Inspektor Jeneral Dato' Sri Haji Mohd Khalid bin Haji Ismail dilahirkan pada 8 April 1965 di Manong, Perak. Beliau mempunyai kelulusan dalam Sarjana Comparative Laws dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau telah berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia sejak tiga dekat yang lalu, bermula sebagai Inspektor Percubaan di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur.
Sepanjang berkhidmatan beliau, beberapa jawatan penting pernah disandang antaranya, Police Attace Kedutaan Malaysia di London (2018), Ketua Cawangan Khas Pahang (2021), Ketua Penolong Pengarah E2, Cawangan Khas, Bukit Aman (2022), Timbalan Pengarah, Cawangan Khas, Bukit Aman (2023), Pengarah Cawangan Khas, Bukit Aman (2025).
Bertepatan dengan ketokohan beliau terserlah, pihak Kerajaan telah memberi kepercayaan kepadanya untuk menggalas jawatan sebagai Ketua Polis Negara pada 23 Jun 2025 selepas Tan Sri Razarudin bin Husain menjalani persaraan.
Sebagai menghargai sumbangan Dato' Sri Haji Mohd Khalid kepada Pasukan dan negara, beliau telah dianugerahkan Panglima Setia Pasukan Polis (P.S.P.P.) pada tahun 2018, Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) pada tahun 2018, Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N) pada tahun 2019, Panglima Gagah Pasukan Polis (P.G.P.P.) pada tahun 2023, Sri Sultan Ahmad Shah (S.S.A.P) pada tahun 2023 dan Dato' Pahlawan Taming Sari (D.P.T.S.) pada tahun 2024.
Dato' Sri Haji Mohd Khalid bin Haji Ismail telah mendirikan rumah tangga dengan Datin Sri Hajah Munirah binti Che Rose dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.