
YDH Tan Sri
Haji Ismail Haji Omar dilahirkan pada 17 Mei 1953 di Kulim, Kedah. YDH Tan Sri Haji
Ismail Bin Hj Omar telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 13 September
2010. Beliau merupakan Ketua Polis Negara yang ke sembilan menggantikan Tan Sri
Musa Bin Tan Sri Hj. Hassan yang bersara pada 12 September 2010. Beliau
dikenali sebagai seorang Pegawai Kanan Polis yang amat tegas dan
menitikberatkan disiplin di kalangan pegawai dan anggota bawahannya dan sangat
berterus terang tentang strategi dan stail pengurusannya untuk mencapai
matlamat.
Beliau melihat tugas besar yang harus ditanganinya segera ialah mengurangkan
kadar jenayah dan seterusnya mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap soal
keselamatan untuk memperkasakan semula pasukan Polis Diraja Malaysia. Amanat
beliau "Bekerjalah dengan ikhlas, jujur dan amanah. Buat kerja dengan
betul dan bantu saya".
"Saya akan bekerja berpaksi kepada bidangkuasa yang diperuntukkan oleh
undang-undang dan menentukan PDRM terus memberi perkhidmatan terbaik bagi
kesejahteraan seluruh rakyat dan negara Malaysia"
Rekod Perkhidmatan YDH Tan Sri Ismail Bin Hj Omar :-
1971 - Insp. Pelatih
Maktab Polis Kuala Kubu Bahru
1972 - Pegawai Penyiasat Jenayah
IPD Seremban, Negeri Sembilan
1975 - Pegawai Penyiasat Jenayah
IPD Kuala Pilah, Negeri Sembilan
1977 - Pegawai Penyiasat Trafik
IPD Ipoh, Perak
1978 - Pegawai Penyiasat Jenayah
IPD Krian, Perak
1980 - OC Pusat Latihan Kawasan Latihan Taiping
Taiping, Perak
1980 - OC Pusat Latihan Luar PLP Latihan Taiping
Taiping, Perak
1983 - PPP Siasatan (U) TT
Jabatan Pengurusan, Bukit Aman
1986 - PPP Siasatan (U) TT
Jabatan Pengurusan, Bukit Aman
1992 - TPP Siasatan
(S) Tatatertib
Jabatan Pengurusan, Bukit Aman
1993 - DSP Bantuan Teknik Tatatertib
Jabatan Pengurusan, Bukit Aman
1993 - DSP Rayuan Tatatertib
Jabatan Pengurusan, Bukit Aman
1994 - PP Mahkamah
IPD Ipoh, Perak
1996 - Ketua Polis Daerah
IPD Seberang Prai Tengah, Pulau Pinang
1999 - ACP Pendakwaan/Undang-Undang
JSJ, Bukit Aman
2004 - Ketua Pen. Pengarah II (BSJP)
JSJ, Bukit Aman
2005 - Timbalan Pengarah II JSJN
JSJN, Bukit Aman
2006 - Ketua Polis Selangor
2007 - Pengarah Pengurusan
Bukit Aman
2007 - Timbalan Ketua Polis Negara
2010 - Ketua Polis Negara (13 September 2010)
Sebagai seorang pegawai kanan yang berpengalaman, beliau juga
memiliki segala ilmu yang mencukupi bagi memikul tugas dan tanggungjawab
sebagai Ketua Polis Negara.