
Tan Sri Norian Mai dilahirkan di Hilir Perak pada 5 November 1946. Mula menceburkan diri dalam pasukan polis sebagai Kadet Penolong Penuasa Polis pada 8 November 1969. Pada 6 Julai 1997, Tan Sri Norian Mai telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, dan seterusnya menjadi Ketua Polis Negara keenam pada 8 Januari 1999, menggantikan Tan Sri Rahim Noor. Antara jawatan yang pernah disandang :-
- Latihan - 8 September 1969
- ASP Pencegahan Jenayah - 9 Februari 1970
- Pegawai Penyiasat - 2 Januari 1971
- Ketua Polis Daerah Jasin - 3 Januari 1972
- TPP Latihan Bukit Aman - 16 Februari 1976
- Ketua Polis Daerah Brickfields - 11 Oktober 1980
- Ketua Polis Daerah Petaling Jaya - 1 Disember 1982
- Ketua Polis Terengganu - 31 Disember 1984
- Ketua Polis Terengganu - 31 Ogos 1986
- PT E2 Cawangan Khas - 14 Januari 1987
- Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman - 21 Jun 1990
- Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman - 17 Februari 1991
- Ketua Polis Selangor - 31 Disember 1992
- Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman - 1 Januari 1994
- Timbalan Ketua Polis Negara - 6 Mei 1997
- Ketua Polis Negara - 8 Januari 1999