
Tun Mohammed Hanif bin Omar dilahirkan pada 16 Januari 1939 di Teluk Intan, Perak. Dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang keempat pada 8 Jun 1974. Antara jawatan yang pernah disandang :-
- Pegawai Penyiasat Melaka Tengah - April 1960
- Penolong Ketua Polis Daerah Jasin, Melaka - 20 November 1960
- Penolong Pegawai Penjaga Siasatan Jenayah (Selatan) Pahang - 2 Disember 1960
- Pegawai Turus Cawangan Khas, Bukit Aman, Kuala Lumpur - 16 Januari 1962
- Pegawai Turus Cawangan Khas Selangor - 8 Ogos 1966
- Ketua Polis Daerah Ipoh, Perak - 20 Julai 1967
- Ketua Pegawai Turus (Polis) Majlis Gerakan Negara - 18 Mei 1969
- Ketua Cawangan Khas Selangor - 20 Disember 1969
- Ketua Polis Melaka - 7 September 1970
- Ketua Polis Selangor - 6 Disember 1971
- Pengarah Cawangan Khas - 31 Januari 1973
- Timbalan Ketua Polis Negara - 1 Februari 1973
- Ketua Polis Negara - 8 Jun 1974 hingga 15 Januari 1994