Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar


Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar dilahirkan pada 5 September 1957 di Seremban, Negeri Sembilan. Tanggal 17 Mei 2013, beliau secara rasminya telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara menggantikan Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar sekali gus menjadi Ketua Polis Negara yang ke-10 dalam lipatan sejarah Polis Diraja Malaysia.

Umum mengetahui beliau merupakan seorang Pegawai Kanan Polis yang sentiasa murah dengan senyuman dan disenangi oleh segenap lapisan masyarakat atas sikap mesranya. 

Melihat daripada karakter beliau, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid sememangnya individu yang paling tepat dalam menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Polis Negara, ditambah lagi dengan senario semasa, PDRM dan negara ini memerlukan seorang yang mempunyai kredibiliti yang mampan dalam meneruskan perjuangan serta amanah Ketua Polis Negara sebelumnya. 

Perjalanan karier beliau juga menunjukkan reputasi dan amat cemerlang. Pengalaman kerjaya beliau dalam bidang siasatan jenayah dan menjawat beberapa jawatan penting dalam PDRM membuktikan beliau optimis dan komited dalam melampiaskan amanah yang dipertanggungjawabkan. 

Bahkan ketika menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, beliau juga turut berkongsi duka dengan Ketua Polis Negara melalui saat-saat getir keharmonian negara dicabuli oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab. 

Ketua yang terbaik adalah ketua yang sering berhadapan dengan ujian, tidak berundur, mampu bertahan dan menghadapi serta mengendalikannya dengan bijak dan bertanggungjawab.

Perlantikan ini sudah tentu memberikan nafas baharu dan transformasi positif kepada Polis Diraja Malaysia dalam mengekalkan visi dan misi pasukan sebagai Pasukan Polis Bertaraf Dunia!

Kelulusan Pelajaran

1. OSC/MCE/SPM Sekolah Menengah Bntuan Penuh Kerajaan
2. LLB (Hons) Universiti Islam Antarabangsa

Suami/isteri
Nama isteri: Puan Sri Datin Sri Imran Bt Ibrahim Bil.
Anak: 4

Rekod Perkhidmatan Pdrm
1. INSP dalam latihan latihan pulapol kl 05/12/1976
2. ASP INSP Pasukan Bertindak Cawangan Anti Dadah JSJ Bukit Aman 04/07/1977
3. ASP ADC T/Kpn Pentadbiran Jab Pengurusan 13/08/1985
4. ASP dipinjamkan Pentadbiran Bhg D KL, KDN 05/06/1989
5. DSP Peserta Kursus Latihan Universiti Islam Antarabangsa 27/06/1991
6. DSP Menunggu Penempatan Latihan Bukit Aman 29/04/1995
7. DSP TPP Perlucuthak Harta Cawangan Anti Dadah JSJ Bukit Aman 02/05/1995
8. DSP Timb KJSJ (Cad) Caw Anti Dadah Johor 16/11/1995
9. DSP Tim Kjn (Narkotik) JSJN Kuala Lumpur 02/01/1996
10. SUPT P.T. Operasi/Siasatan JSJN Kuala Lumpur 02/09/1996
11. SUPT Ketua Jabatan Narkotik JSJN Kedah 16/10/1997
12. SUPT Pt Risikan Dlm Negeri JSJN Jabatan Narkotik 17/04/2000
13. SUPT Ketua Jab Pengurusan Pentadbiran Pahang 02/01/2003
14. ACP Ketua Polis Daerah Pentadbiran Kuantan 28/06/2003
15. ACP Ket Pen Peng (Risikan/Operasi) JSJN Jabatan Narkotik 02/08/2004
16. SAC II Ket Pen Peng (Risikan/Operasi) JSJN Jabatan Narkotik 02/08/2004
17. SAC II Ket Pen Peng(Risikan/Operasi) JSJN Bukit Aman 24/05/2005
18. SAC II Ketua Polis Negeri Pentadbiran N.Sembilan 16/12/2005
19. SAC I Ketua Polis Negeri Pentadbiran N.Sembilan 16/12/2005
20. SAC I Timb Pengarah JSJ I JSJ JSJ Bukit Aman 01/11/2006
21. DCP Timb Pengarah JSJ I JSJ JSJ Bukit Aman 01/11/2006
22. DCP Ketua Polis Negeri Pentadbiran Selangor 02/07/2007
23. DCP Pengarah KDNKA Jab KDNKA 25/10/2010
24. CP Pengarah KDNKA Jab KDN/KA 25/10/2010
25. Timbalan Ketua Polis Negara 15/04/2011

Maklumat peribadi
Tarikh lahir : 05/09/1957
Tempat lahir : Seremban, Negeri Sembilan
Tarikh mula berkhidmat dalam PDRM : 05/12/1976

Tarikh pangkat
15/04/2011 DIG
25/10/2010 CP
01/11/2006 DCP
16/12/2005 SAC I
02/08/2004 SAC II
02/01/2003 ACP
01/01/1996 SUPT
01/05/1989 DSP
01/12/1986 ASP
05/12/1976 INSP
 

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS