Info Palsu/Penafian
.....................................................................................................................................................................................................................................................
-
Aug 27, 2015
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP Kamaluddin Kassim, berkata tiada sebarang laporan dibuat berhubung kejadian itu setakat ini, dan penyebaran berita palsu berkenaan mungkin dilakukan pihak tidak bertanggungjawab untuk menakut-nakutkan orang ramai.
Baca Lagi
-
Mar 06, 2015
Penyebaran berhubung kewujudan gula-gula dadah dengan jenama Strawberry Methatau Strawberry Pop Rock seperti yang tersebar di laman sosial WhatsApp sejak kelmarin adalah maklumat palsu.
Baca Lagi
-
Mar 06, 2015
Pihak polis telah mengesan satu sebaran maklumat melalui laman sosial dan aplikasi Whatsapp yang mendakwa berlaku kejadian samun kenderaan dan culik dengan menggunakan taktik mencuri plat nombor kenderaan.
Baca Lagi
-
Mar 06, 2015
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan sebaran maklumat melalui aplikasi Whatsapp yang meminta agar orang ramai tidak mengunjungi pusat-pusat membeli belah dan tempat-tempat awam buat sementara waktu, kononnya kerana Malaysia telah menjadi sasaran kumpulan pengganas yang akan melakukan serangan khususnya semasa perayaan Krismas
Baca Lagi
-
Mar 06, 2015
Adalah dimaklumkan bahawa pihak polis tidak pernah mengesahkan taktik jenayah seperti yang dinyatakan di dalam pesanan ini.
Baca Lagi
-
Mar 06, 2015
Kewujudan page Diskaun Saman Trafik (PDRM) di Facebook bagi tujuan memberi diskaun kepada saman Polis Diraja Malaysia adalah TIDAK BENAR. Pihak polis tidak pernah mewujudkan khidmat sedemikian di Facebook. Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan page berkenaan yang tersebar melalui blog mahupun perkongsian di dalam Facebook.
Baca Lagi
-
Mar 06, 2015
Orang ramai diingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan penyebaran maklumat palsu yang mendakwa jika menerima panggilan daripada nombor seperti +375602605281, +37127913091 atau sebarang nombor yang bermula dengan +375, +371, +081 dengan satu deringan dan terus putus dengan meninggalkan pesanan “missed calls”. Maklumat yang tidak benar itu turut mendakwa jika pengguna menyimpan maklumat bank di dalam telefon pintar, pihak tertentu boleh menyalinnya.
Baca Lagi
-
Mar 06, 2015
Sebaran semula hebahan kanak-kanak yang dilaporkan diculik menggunakan kenderaan Myvi adalah merupakan kejadian lama yang berlaku pada November 2012.
Baca Lagi
-
Mar 06, 2015
Penyebaran maklumat melalui laman sosial dan aplikasi Whatsapp berhubung dakwaan taktik penjenayah menjual pewangi yang mengandungi dadah jenis ‘White Clay’ (ubat penenang) agar dihidu oleh mangsa sebelum mereka dirompak, dirogol atau dibunuh adalah TIDAK BERASAS.
Baca Lagi
-
Mar 06, 2015
Maklumat yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp yang mendakwa bahawa pihak berkuasa sedang memantau nombor IMEI telefon bimbit pintar adalah TIDAK BENAR sama sekali.
Baca Lagi