Pembekal yang berpengalaman/berkeupayaan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang/taraf yang berkenaan adalah dipelawa mengemukakan sebut harga bagi pembekalan seperti berikut:-
No. Sebut Harga | Perkara | Bidang Pendaftaran | Taraf Sebut Harga | Lawatan Tapak |
PER/SH/PKTN(17)/128/2015 | PERKHIDMATAN PEMBUNGKUSAN DAN PENGHANTARAN BARANG-BARANG PEGAWAI KANAN / ANGGOTA KE SABAH DAN SARAWAK UNTUK POLIS DIRAJA MALAYSIA. | 221704/ 221705/ 221706/ 221707 | TERBUKA | - |
Dokumen sebut harga boleh diperolehi mulai
09/09/2015 di
Portal Rasmi Perolehan Kerajaan Malaysia http://home.eperolehan.gov.my dengan mengemukakan Salinan Sijil (fotostat) dan menunjukkan Sijil Asal Akuan Pendaftaran Kontraktor dalam bidang berkaitan dan/atau Sijil Pendaftaran Kontraktor Bumiputera yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.
Sila beri sebut harga untuk bekalan barang-barang/perkhidmatan yang disenaraikan di bawah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
- Syarat Penyerahan/Penyempurnaan : PERKHIDMATAN HENDAKLAH DILAKSANAKAN MENGIKUT ARAHAN PERKHIDMATAN PERPINDAHAN KE LOKASI PENEMPATAN YANG AKAN DITETAPKAN.
- Tempoh Penyerahan/Penyempurnaan dikehendaki: 1 Bulan dari tarikh terima Pesanan Tempatan Kerajaan (LO)..
- Arahan Pengiriman : Perkhidmatan hendaklah dilaksanakan mengikut Pesanan Tempatan Kerajaan (LO).
- Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat berlakri dan bertanda :
PER/SH/PKTN(17)/128/2015 - Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga No : 07 di alamat di atas tidak lewat daripada 23/09/2015 jam 12.00 tengah hari.
- Tempoh sahlaku sebut harga hendaklah 90 HARI .