Siaran Media

SIASATAN POLIS KE ATAS DATO' SERI ANWAR IBRAHIM DAN P. BALASUBRAMANIAM






SIASATAN POLIS KE ATAS DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
DAN P. BALASUBRAMANIAM

PIHAK POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) MASIH MENERUSKAN SIASATAN DAKWAAN KES LIWAT YANG MEMBABITKAN PENASIHAT PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR) DATO' SERI ANWAR IBRAHIM (DSAI).

 

SIASATAN PDRM BERHUBUNG AKUAN BERSUMPAH YANG TELAH DIBUAT OLEH P. BALASUBRAMANIAM JUGA MASIH DIJALANKAN DAN LAPORAN MENGENAI P. BALASUBRAMANIAM SEBAGAI "ORANG HILANG" JUGA SEDANG DALAM SIASATAN PIHAK PDRM.

 

ORANG RAMAI DAN MANA-MANA PIHAK YANG MEMPUNYAI KEPENTINGAN DALAM SIASATAN TERSEBUT, DIHARAPKAN SUPAYA TIDAK MEMBUAT APA-APA SPEKULASI ATAUPUN ANDAIAN. SEBARANG BENTUK SPEKULASI ATAU TINDAKAN YANG DIBUAT TANPA ASAS YANG KUKUH, SERTA DIDORONGI DENGAN EMOSI SEMATA-MATA BOLEH MENGERUHKAN KEADAAN DAN AKAN MENDATANGKAN IMPLIKASI YANG NEGATIF KEPADA MASYARAKAT UMUM.

 

PDRM SENTIASA MENJALANKAN PROSES SIASATAN TERSEBUT, BERLANDASKAN KEPADA UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN YANG SEDIA ADA DALAM SISTEM PERUNDANGAN NEGARA SECARA PROFESIONAL.

 

ORANG RAMAI DAN PIHAK-PIHAK TERTENTU DINASIHATKAN SUPAYA TIDAK MENGAMBIL TINDAKAN YANG MEMBELAKANGI UNDANG-UNDANG NEGARA, KERANA IA HANYA AKAN MENGGUGAT KETENTERAMAN AWAM DAN KESEJAHTERAAN NEGARA.

 

PDRM JUGA BERHARAP AGAR ORANG RAMAI YANG MEMPUNYAI SEBARANG MAKLUMAT YANG BOLEH MEMBANTU SIASATAN PDRM, HENDAKLAH MENGHUBUNGI PIHAK PDRM. LANGKAH TERSEBUT MEMBOLEHKAN PDRM MENJALANKAN TUGAS PENYIASATAN YANG DIAMANAHKAN INI, DENGAN LEBIH EFISIEN DAN SEMPURNA, BAGI MENDAPATKAN KEPUTUSAN YANG SAHIH DAN BENAR.

 

 

 


t.t
( TAN SRI HAJI ISMAIL BIN HAJI OMAR ) DIG
TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA

 

 

 

 

 



(Dikeluarkan pada 11/7/2008 jam 11.00 pagi)

Jumlah Bacaan : 43
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS