Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Siaran Media

SIDANG MEDIA KETUA TRAFIK PASUKAN 'RAYUAN SAMAN MESRA RAKYAT'






SIDANG MEDIA KETUA TRAFIK PASUKAN
"RAYUAN SAMAN MESRA RAKYAT"

 

1. Sesuai dengan tema hari polis yang baru iaitu "Tegas, Adil dan Berhemah", dalam ketegasan menguatkuasakan undang-undang, PDRM tidak pernah lupa untuk bertindak secara adil dan berhemah. Dalam konteks ini, sungguhpun PDRM sentiasa meningkatkan penguatkuasaan terhadap kesalahan lalulintas, PDRM turut peka untuk mengikuti perkembangan dan memahami situasi semasa khususnya mengenai kesukaran yang dialami oleh masyaratkat ekoran peningkatan kos sara hidup masa kini. Bagi tujuan melaksanakan konsep "Berhemah", PDRM mengambil pendekatan untuk menerap sifat "Rasa Tanggungjawab Apabila Melakukan Kesalahan" di kalangan pesalah trafik ianya bermaksud pesalah trafik akan bersikap 'gentleman' yakni mengakui kesalahan mereka dan rela menerima konsekuennya dan bertekad tidak akan mengulangi kesilapan serupa. Ke arah menggalakkan pelaksanaan konsep ini, PDRM dengan ini menawarkan satu kadar rayuan saman yang berpatutan dengan mekanisma penyelesaian yang mudah, cepat dan terhindar daripada karenah birokrasi selepas dengan kuasa budi bicara yang diperuntukkan dibawah Seksyen 120 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ 1987).

 

 

2. Sehubungan dengan itu, berkuatkuasa 1 Julai 2008, Kecuali bagi kes-kes yang dinyatakan di perenggan C, semua rayuan trafik akan mengikut kadar serta mekanisma berikut:

 

A) Kadar Rayuan Notis POL.257

 

I. Kadar Rayuan sebanyak 50% sekiranya pesalah trafik membayar saman sebelum atau pada tarikh kompaun
berakhir;
II. Kadar rayuan sebanyak sekiranya pesalah trafik membayar saman selepas tarikh kompaun tetapi sebelum
tarikh ke mahkamah;
III. Tiada rayuan selepas atau pada tarikh ke mahkamah.

 

B) Kadar Rayuan Notis POL.170A

 

I. Kesemua notis diberi kadar rayuan sebanyak 30%.

 

 

C) Kategori Saman Tiada Rayuan

 

Berikut adalah kategori saman yang tidak diberi rayuan;

 

I. Semua saman yang diisu semasa Ops Sikap;
II. Semua saman bagi kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat merah;
III. Semua saman bagi kes kemalangan jalan raya;
IV. Semua saman mempunyai waran tangkap.

 

 

 

D) Mekanisma Pelaksanaan Rayuan

 

I. Pelaksanaan rayuan ini hanya merangkumi saman bagi kesalahan yang boleh dikompaun sepertimana
dinyatakan dibawah rule 3 road transport (compounding of offences) rules 2003.
II. Pelaksanaan rayuan ini akan dilakukan secara automasi melalui sistem komputer pembayaran saman PDRM
serta semua outlet yang disediakan. Ini bermaksud pesalah trafik yang berurusan di kaunter tidak perlu
lagi berjumpa dengan pegawai kompaun untuk mendapatkan kadar rayuan ini.
III. Outlet pembayaran saman yang disediakan merangkumi:

i. 2 portal internet iaitu www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my dengan mod pembayaran secara
kad kredit dan debit.
ii. Kesemua kaunter PDRM di IPK dan IPK dengan mod pembayaran secara tunai (148 kaunter) dan kad
kredit/debit (46 kaunter).
iii. 7 kaunter PDRM di Jabatan Pengangkutan Jalan yang terpilih dengan mod pembayaan secara tunai
dan kad kredit/debit.
iv. 5 kaunter PDRM di pusat membeli belah terpilih dengan mod pembayaran secara tunai kad
kredit/debit.

 

 

IV. Outlet semakan saman yang disediakan merangkumi:
i. Semua outlet pembayaran yang dinyatakan di atas; dan
ii. Melalui sms yang dihantar kepada nombor 32728(taip POLIS SAMAN [nombor kenderaan atau
nombor kad pengenalan] dan hantar ke 32728).

V. Kadar rayuan baru ini merangkumi semua notis POL.257 atau POL.170A yang dibayar mulai 1 Julai 2008.

 

VI. Dalam apa jua keadaan yang tidak terdapat dielakkan, masalah hendaklah diajukan kepada ketua tarfik
pasukan yang boleh menggunakan budi bicaranya bagi menangani masalah berkenaan yang tidak
tertaklukkepada kadar rayuan baru ini.

 

 

3. Disamping itu PDRM dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang dalam proses untuk menyenaraihitam semua saman trafik (POL.257 dan POL.170A) sekiranya pesalah trafik masih lagi gagal melaksanakan tanggungjawab mereka. Bagi tujuan ini, tempoh yang diberi adalah sehingga akhir tahun ini iaitu sehingga 31 disember 2008. Tindakan yang diambil ini selaras dengan peruntukan undang-undang berikut:

 

I. Seksyen 109 APJ 1987- Liabiliti tuan punya kenderaan; dan
II. Seksyen 17 APJ 1987- Kuasa pendaftar berlesen untuk tidak membenarkan pembaharuan lesen kenderaan
atau memandu sekkiranya pesalah trafik mempunyai hal-hal yang belum selsesai dengan JPJ atau PDRM.

 

4. adalah diingatkan kepada orang ramai agar tidak terlalu gairah untuk mendapatkan khidmat kadar rayuan ini kerana dikhuatiri akan terdapat pihak yang cuba mengambil desempatan. Berikut adalah nasihat yang wajar diberi perhatian:

 

 

4.1 Ketika menggunakan portal Internet

 

I. Jangan log-in melalui e-mel
II. Rancang masa yang sesuai untuk log-in (eg. Awal pagi atau waktu pejabat) bagi mengelakkan kesesakan
talian.
III. Pastikan resit bayaran dicetak.
IV. Simpan resit bayaran.

 

 

 

 

 

 

 

4.2 Ketika berurusan di kaunter

I. Ikut nombor giliran atau beratur dengan tertib
II. Beri laluan kepada mereka yang uzur dan kurang upaya
III. Pastikan resit bayaran diterima dan disemak
IV. Elakkan memohon rayuan di luar kadar yang ditetapkan
V. Simpan resit bayaran.

 

5. Perlu ditegaskan di sini, kadar rayuan mesra rakyat yang diperkenalkan ini tidak mewajarkan pesalah trafik mengulangi kesilapan mereka, tetapi bertujuan agar mereka lebih bertanggungjawab dan mengambil iktibar daripada kesilapan berkenaan. PDRM optimis bahawa akan lahir kesedaran yang sebenar di kalangan pesalah trafik hasil sifat berhemah yang dipamirkan oleh PDRM. Pada akhirnya pengguna jalan raya akan lebih berhati-hati dan akur kepada peraturan dan menjadikan jalan raya di negara ini lebih selamat.

 

 

 

 

Sekian, terima kasih

 

 

 

 

t.t
(Dato' Hj Hamza Bin Taib) SAC II
Ketua Trafik Pasukan

 

 

 

Bertarikh: 30 Jun 2008

 

 

Jumlah Bacaan : 65
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS