Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Siaran Media

KENYATAAN MEDIA BERKAITAN SEBARAN STATUS FACEBOOK VIRAL KUMPULAN SAMSENG BERSENJATA DI SHELL LAYANG-LAYANG

Berhubung satu status yang dimuatnaik dalam Facebook oleh seorang pengguna Facebook yang menyatakan terdapat kumpulan samseng bersenjata di Shell Layang-Layang di Lebuhraya Desaru - Ulu Tiram yang akan mengejar pengguna jalan raya yang lain dan melakukan jenayah telah menjadi viral oleh pengguna-pengguna laman sosial.

Pihak Polis IPD Seri Alam mengesahkan sehingga kini belum menerima sebarang repot polis daripada mana-mana mangsa berkaitan dengan kejadian jenayah yang dinyatakan atau kewujudan kumpulan samseng bersenjata berkenaan yang aktif melakukan jenayah di kawasan tersebut dengan menggunakan modus operandi sedemikian. Walau bagaimanapun, pihak polis akan mengambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya atas maklumat yang telah diutarakan termasuk telah meningkatkan rondaan polis sedia ada dari semasa ke semasa.

Sebarang maklumat dan pertanyaan berkaitan perkara ini, orang ramai dinasihatkan tampil ke mana-mana Balai Polis berhampiran atau menghubungi Hotline Polis Johor di talian 07-2212999 atau Hotline IPD Seri Alam di talian 07-3864222.

SUPT. ABDUL SAMAD BIN SALLEH
KETUA POLIS DAERAH SERI ALAM
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS