Pada 2 dan 7 Julai 2015, Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman telah menangkap dua suspek dalam dua operasi berasingan di sekitar Kuala Lumpur.
Kedua-dua warga tempatan tersebut disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas Islamic State (IS) yang berpangkalan di Syria dalam merancang untuk melancarkan serangan di beberapa sasaran penting di Lembah Klang.