Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Siaran Media

PERUTUSAN KETUA POLIS NEGARA SEMPENA SAMBUTAN HARI KRISMAS TAHUN 2018

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta seluruh rakyat Malaysia yang beragama Kristian.

Sempena sambutan Krismas tahun ini, marilah kita sama-sama mengekalkan kerukunan hidup bermasyarakat dengan membudayakan sikap toleransi, mengetepikan perasaan curiga dan prejudis serta menjadikan keharmonian menyambut perayaan pelbagai kaum, sebagai bukti perpaduan utuh rakyat di negara ini.

Semaikanlah semangat muhibah dengan meneruskan tradisi rumah terbuka serta amalan kunjung-mengunjung, demi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan persahabatan dalam kalangan masyarakat Malaysia, tanpa mengira agama, bangsa atau budaya.

Raikan kemeriahan Krismas ini dengan penuh rasa kesyukuran atas nikmat kemakmuran serta keamanan negara yang dikecapi selama ini.

PDRM akan sentiasa memastikan kesejahteraan masyarakat dan kedaulatan negara, kekal terpelihara.

MERRY CHRISTMAS AND HAPPY NEW YEAR.

(TAN SRI DATO’ SRI MOHAMAD FUZI BIN HARUN) IG
Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS