Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Siaran Media

FINAL PIALA MALAYSIA 2019: POLIS BERI AMARAN KEPADA PENYOKONG, USAH TIMBUL MASALAH

Kuala Lumpur, 31 Oktober 2019 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran tegas kepada penyokong bola sepak Kedah dan Johor Darul Takzim (JDT) supaya tidak mencetuskan provokasi pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini Sabtu ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap penyokong dan penonton perlawanan yang melanggar arahan.

"Penyokong kedua-dua pasukan diingatkan tidak mengambil tindakan sendiri yang melanggar undang-undang. Usah timbulkan suasana huru-hara, provokasi melampau dan pergaduhan.

"Bertimbang rasalah dan bertolak ansur sepanjang perlawanan berlangsung. Polis sentiasa bersiap sedia menghadapi perkara yang tidak diingini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur hari ini.

Sumber berita: https://www.sinarharian.com.my/…/Amaran-polis-kepada-penyok…

No photo description available.
Image may contain: text
No photo description available.
Image may contain: text
No photo description available.
Image may contain: 4 people
Image may contain: 2 people, people on stage and indoor
Image may contain: 2 people
Image may contain: 6 people, people on stage and indoor
Image may contain: 3 people, indoor
Image may contain: 1 person, on stage and indoor

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS